Polis!!! jangan sesuka hati bunuh orang.

Haram membunuh kecuali terdesak dengan sebab orang yang dibunuh cuba hendak membunuh kita.

Kitab fekah ada menyebut satu bab yang dinamakan syial (صيال) bukan sial yang orang Melaka cakapkan untuk doakan sahabat yang dah lama tak jumpa “oi!! Sial, lahabau, dah lama aku tak jumpa kau” tapi syial dengan makna menerkam.

Bab ini menerangkan peringkat demi peringkat menolak orang yang hendak menerkam kita, dengan kasad membunuh atau lainnya.

Kita tak boleh terus bunuh tapi hendaklah lari, jika tidak boleh lari hendaklah menakuti, kemudian lemahkan dia dengan memukul tempat yang melemahkan dan seterusnya ……..

Persoalannya mengapa pihak polis mengambil langkah terus bunuh?. Terkadang alasan yang diberi orang itu ada membawa parang, adakah pihak polis tidak boleh melemahkannya dahulu?

Jika nak dibandingkan parang dengan senjata api, sudah tentu orang itu tidak dapat menghampiri pihak polis kerana pihak polis boleh memberi amaran menembak ke atas, jika dia berdegil maka pihak polis boleh menembak pada tempat yang melemahkannya bukan dengan membunuh.

Jangan sesuka hati bunuh orang, kalau polis lain buat kaum keluarga kita, macam mana?

Ingatlah Allah mengetahui apa yang kamu buat.

Ingatlah membunuh itu satu dosa yang besar.

وَلا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلا بِالْحَقِّ وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: