Pas Terbabas?

PAS : TAPAK SUBUR BERKEMBANGNYA WAHABI?

TT1 rasa terkilan dengan sesetengah ahli parti yang mungkin juga melibatkan sesetengah peminpin rasa angkuh dan sombong bila dapat kuasa memerintah menggunakan segala jentera yang ada bagi memantapkan fahaman sesat mereka (fahaman mujassimah dan musyabbihah- fahaman Allah bertempat dan berjisim) yang bertopengkan perjuangan Islam.

Apa ertinya perjuangan Islam jika aqidah yang dipegangi bukannya Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Jangan berselindung di sebalik jubah serban yang dipakai. Jangan cuba memperdaya ahli biasa dan orang awam dengan berbagai-bagai slogan dan istilah yang hakikatnya otak dan hati mereka sedang diracuni secara perlahan-lahan dengan fahaman yang menyimpang jauh dari ASWJ.

Walaupun dari segi perlembagaan Parti itu menyatakan hukum tertinggi sekali dalam pas ialah kitabullah dan sunnah rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata tetapi dari segi penghayatannya dalam sesetengah keadaan tidak begitu!!!

TT1 harap ulamak ASWJ yang ada di dalam pas jangan biarkan perkara ini merebak. Janganlah dek kerana nak jaga hati dua tiga kerat kita mentidak-apakan fahaman sesat ini bertapak dalam pas. Ini belum cerita pasal syiah!! Dalam keadaan belum memerintah Malaysia pun sudah ada di kalangan yang taksub menghukumkan sesiapa yang tidak beriktiqad Allah bersemayam di atas arash adalah kafir. Apa nak jadi? BIARLAH  PAS KALAH DALAM PILIHANRAYA ASALKAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TERPELIHARA DARIPADA MENANG TETAPI TERGADAI ASWJ.

4 Respons

  1. MP amat bersependapat dan sgt bersetuju dengan apa yg TT katakan.. Biar lah kita kalah asalkan Fahaman kita tidak dipijak2..

  2. Haah!! TT kata ” segi perlembagaan Parti itu menyatakan hukum tertinggi sekali dalam pas ialah kitabullah dan sunnah rasul serta ijmak ulamak dan qias ” Aku rasa kan, jika ikut perlembagaan betoi2 puak2 nih, ramai lah pemimpin2 mrk yg terterajang drp partai mrk dgn sndirinya, trutama skali datuk keramat kelantan tu, pahtu ganti le dgn aku…kn??he he he

  3. satu soalan sebelum arash dijadikan ,allah taala bersemayam dimana eh???di kepala otak diorang ke??? kecian2. takde jalan lain melainkan kita semua yg berfahaman ASWJ melahirkan rasa tidak senang dengan terang2 dengan keluar dari parti Pas. Jangan masuk Umno pulak.Nak tengk sejauh mana keangkuhan mereka.Macam mana nk memerintah kalau tuhan pun tak kenal…kecian2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: