Kalau hati dah suka vs kalau hati dah benci

Kalau hati dah suka yang salah dipandang mulia dan apabila hati dah benci yang betul dipandang hina.

Seseorang itu bila dah suka kepada sesuatu dia tidak akan memandang cacat cela yang ada pada sesuatu itu, tetapi apabila hati dah benci semuanya dipandang cela dan hina.

Apa yang TT nak bawakan disini adalah apabila seseorng itu menyertai sesuatu parti yang dia suka, semuanya dianggap betul, tidak ada yang salah sehinga perkara yang nyata salah ditakwil supaya nampak betul dan menganggap parti lawan semuanya salah sekalipun ada yang betul.

Sebagai masyarakat yang berpendidikan, sepatutnya tidak berlaku perkara sedemikian. Kita wajib menegur kesalahan yang dilakukan walaupun pada diri sendiri dan pada orang yang kita suka dan sayang dan kita juga hendaklah mengakui kebenaran perkara yang dilakukan oleh pihak lawan sekiranya perkara itu betul.

Suatu masa dulu kita mengatakan ahli UMNO asabiyah kerana mereka menganggap apa sahaja yang pemimpin mereka buat betul belaka, tetapi sekarang kita sendiri berperangai seperti itu. Sekiranya ada ahli PAS yang menegur pemimipinnya yang melakukan kesalahan, nescaya orang itu akan dicop sebagai UMNO

Apakah pemimpin PAS maksum? (terpelihara dari melakukan dosa dan membuat kesalahan)

Adakah seseorang yang dianggap ulama PAS tidak melakukan kesalahan?

Adakah pandangan lain yang bercanggah dengan keputusan dewan ulama PAS semestinya salah?

Adakah kesemua pandangan dewan ulama Pas betul belaka?

Apakah kayu ukur yang kita gunakan untuk mengetahui yang mana betul dan yang mana salah?

Wahai saudara-saudara ku!!! marilah kita memperbetulkan kesalahan pemimpin kita sebelum terlambat.

Sekiranya kita tidak bertindak dari sekarang dikhuatiri mereka akan lebih melampau dan menyeleweng.

3 Respons

  1. aku rasa nk ubah sedikit perkataan TT di atas iaitu ‘Kalau dah taksub vs kalau hati dah menyampah’.
    Kalau dh ‘Taksub’ ,semuanya yg dibuatnya betoi belaka, mencarut pun tak pe, bubuh nama Tuhan dgn perkataan kurang ajar&tak cukup adab,pun tak pe, lantik anak-menantu & buat tokong, pun tak pe, kurang ajar dgn Nabi pun tak pe,lantik org kafir-tak pe, lantik wanita sbg wakil rakyat pun tak pe..semuanya comel lote belaka, musuh kau buat semuanya hodoh belaka…Tak nma Taksub ke nii??

  2. Bismillah,

    Assalamualaikum,

    Saya bersetuju dengan kata TT. Namun apa kata kita yang mulakan pula. Sila hantarkan karya @ comment TT kepada editorharakahdaily@gmail.com. Saya rasa pendekatan ini cukup sesuai, tetapi haruslah menggunakan gaya bahasa yang betul dan dalam bentuk cadangan atau sokongan. Setidak2nya membuka minda admin harakahdaily sedikit.

    Tiada manusia selain nabi2 @ para utusan ALLAH yang dilahirkan di dunia ini bersih daripada melakukan dosa. Bergantung kepada ALLAH yang mengampunkan dosa kita…

    Bukankah dalam Islam kita disarankan utk berperasangka baik, menunjukkan akhlak yang murni dgn menjaga kelakuan dan perkataan kita? Dan juga kita tidak mengetahui siapa seseorang itu di sisi ALLAH s.w.t. Jadi berperasangka baik itulah yang terbaik…

    Tetapi, adakah Islam menganjurkan kita berperasangka baik dalam semua hal? Hatta perkara maksiat di depan mata juga? Tidak. Jadi kita perlu bersikap berjaga2, seterusnya barulah mengambil tindakan sewajarnya…

    Saya percaya, ramai daripada golongan penyokong PAS yg tidak menyokong semua tindak tanduk PAS. Dan ramai juga daripada mereka sebenarnya takut utk bersuara. Takut kepada apa pun saya tidak mengetahuinya. Mungkin ada di antara mereka yg takutkan hilang “netwoking” dgn orang atasan; mgkn juga takut akan “semangat taksub” kebanyakkan penyokong PAS membambu mereka yg cuba menegur para org atasan; dan mgkn juga takut kehilangan semangat “kenegerian” @ dipinggirkan. Namun apa yang pasti, mereka terlalu memfokuskan untuk mendapat majoriti undi – dgn matlamat negara Islam dan hudud, sehingga terlupa utk mendidik penyokong kuat mereka perihal ISLAM, IMAN dan IHSAN! Para pemimpin juga mungkin lupa bahawa sekiranya sebuah rumah yang asasnya tidak kukuh, walau sekuat mana tiang, pasti akan senget ataupun runtuh jika tidak dikuatkan kembali asasnya!

    Kembali kepada bab menegur para mereka yg berilmu ini. Sebagai seorang yg rendah dan kurang ilmu ini, saya sarankan sila gunakan perkataan “memberi cadangan” selain yang biasa digunakan – teguran. Pastikan juga cadangan kita itu membina!, bukannya menjatuhkan. Kita perlu ingat, tiada seorang manusia di dunia ini yg berjaya mendalami semua disiplin ilmu yang diturunkan oleh ALLAh di bumi ini. Sebagai contoh, taktik peperangan Sultan/ Khalifah Muhammad Al-Fatih, lebih hebat daripada taktik peperangan zaman-zaman sebelumnya, kerana sebelum Al-Fatih, tiada khalifah Islam yang berjaya menakluki Kota Constantine, walau segala usaha telah dilakukan!

    Jadi, tiadalah manusia di dunia ini yang sempurna ilmunya! Jadi jika seseorang pemimpin itu boleh menerima cadangan daripada hatta daripada seorang yang kecil sekalipun, maka dialah pemimpin yang bijak, kerana mengikut kata2 Saidina Ali : “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan.” Afwan…

    P/s: Jika PAS memperjuangkan ISLAM dengan nama SEBENARNYA, ke mana hilangnya CINA, INDIA dan BANGSA2 lain yang SEAGAMA dgn kita?? ADA APA DGN MELAYU? Dan sekiranya ada perpaduan di antara kita, berapa ramai CINA DAN INDIA di masjid komuniti orang MELAYU? Berapa ramai orang MELAYU DAN CINA DI MASJID INDIA?? Sbb mereka terlupa yang ALLAH merahmati mereka yang menjalinkan persaudaraan seperti Muhajirin dan Ansar sehingga semangat persaudaraan mereka itu membolehkan mereka berjuang ke jalan ALLAH seterusnya kesungguhan mereka bermuhajadah ke jalan ALLAH sehingga ALLAH menerima taubat seterusnya mengampunkan mereka!! DI MANA KITA….

  3. Saya bersetuju dengan kata TT. Namun apa kata kita yang mulakan pula. Sila hantarkan karya @ comment TT kepada editorharakahdaily@gmail.com =pelik pun setuju cadangan hambamusafirlalu.
    Kembali kepada bab menegur para mereka yg berilmu ini. Sebagai seorang yg rendah dan kurang ilmu ini, saya sarankan sila gunakan perkataan “memberi cadangan” selain yang biasa digunakan – teguran. =yg ini rasa payah.untuk makluman hambamusafirlalu puak2 ni tak akan sekali2 menerima cadangan dari org semacam kita.bahagian besar dari kalangan ilmuan sedar dengan hakikat ini. Sebab mereka tahu walau macam mana sekalipun mereka buat perkara yg salah kita tetap sokong mereka .Apa kata kali ini kita semua tak keluar mengundi ,mudah2mudahan dengan kalah teruk nibolelah puak2 ni berfikir panjang dengan menerima teguran.Bab tegur menegur ni dah lama dilakukan n semua org tahu dah memang tak boleh jalan lagi2 dengan org tua nyaknyuk ni.harap maklum

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: