Anak luar nikah

TT nak beri tahu “di Malaysia seorang anak luar nikah dilahirkan setiap 17 minit. Ini bukan fakta ciptaan TT tapi adalah hasil kajian daripada badan-badan tertentu”.

Dalam erti kata lain zina sangat berleluasa di Malaysia.

Apakah puncanya?

1. tiada didikan agama yang sempurna.

2. perkara yang memberangsangkan sex berleluasa.

3. percampurang lelaki perempuan yang bukan mahram.

4. tiada mahu berhukum dengan hukum islam pada penzina.

Oleh kerana dasar pelajaran yang tidak betunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah ditambah keluarnya wanita dari rumah yang membawa kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, sama ada di tempat kerja di pusat-pusat pengajian maka masyarakat terdidik dalam keadaan yang membawa mereka menghampiri zina maka tidak hairanlah zina berleluasa.

Perkara-perkara yang memberangsangkan sex seperti majalah-majalah lucah, media massa dan sebagainya amat berleluasa.

Apakah jalan penyelesaiannya?

Allah تعالي berfirman didalam Al-Quran

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

(Al-Isra’ ayat 32)

Zina adalah dosa besar dengan ijmak ulama.

Maksud ayat itu tadi janganlah mendekati kepada suatu yang membawa kepada zina, seperti pergaulan bebas dan sebagainya.

TT nak seru kepada pemimpin umat islam hendaklah mengatasi empat perkara ini dengan maksud ubah dasar pelajaran negara, elakkan pergaulan bebas dimana-mana sahaja, wujudkan hukum berlandaskan hukum islam dan hilangkan perkara yang memberansangkan sex. Tutuplah lubang-lubang yang menyebabkan berlaku perzinaan.

Apakah sebabnya kamu tidah mahu bertindak membanteras perzinaan sepertimana kamu membenteras orang yang hendak menjatuhkan kerajaan kamu. Kamu cari jalan dan helah untuk menyelamatkan kerajaan kamu tetapi tidak bertindak menegah kemungkaran.

Pahala yang besar bagi kamu jika kamu dapat melakukan dan bala yang besar menanti kamu jika kamu cuai dengan kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada kamu.

Tiada guna kita mengeluh dengan apa yang berlaku sedangkan kita tidak bertindak apa-apa.

Jahuilah daripada melakukan zina wahai kaum muslimin!!!

Ingatlah dosa zina itu amat besar dan azabnya amat pedih, sedangkan sakit terkena api di dunia ini kita tidak tertanggung, bagai mana kita hendak menanggung sakit api neraka yang berlipat kali ganda pedihnya.

Ingatlah, orang yang melakukan zina tidak tenteram kehidupannya.

Ingatlah, pembantu-pembantu Dajjal adalah anak yang hasil daripada zina.

4 Respons

  1. Semacam ada satu gerakan yg terancang atas semua yg berlaku ini…Semakin lama semakin tidak terbendung…Mengapa kita seolah-olah hilang kekuatan utk menutup pintu2 maksiat??Jawapan itu mungkin ada pada kita semua tetapi kita telah disibukkan dgn urusan keduniaan dari pagi hingga ke petang..Mampukah kita melindungi ahli keluarga dan sanak saudara kita dari kerosakan demi kerosakan yg melanda ini??Mungkin kita semua sedar akan ancaman ini tetapi hati2 kita masih belum disatukan..

  2. Salam.

    Kena kaji lagi.
    Statistik negara2 Islam lain.
    Arab Saudi.
    Pakistan.
    Iran.
    Jordan.
    Indonesia.
    dll.

    Bandingkan.
    Baru kita boleh buat kesimpulan.

  3. Aku rasa tak yah buang masa nk kaji2 lagi. Ini masa bertindak, bukannya buang masa kaji, demi kaji tanpa tindakan susulan/pembasmian. sepatutnya pihak berkuasa(tak kira le krajaan Biru,hijau@PKr, mrk adalah yg paling utama mengerakkan msyarkat. Mrk lah terlebih dhulu asingkan prmpuan lelaki, tak kira lah pejabat,sekolah biasa,/kolej,sekolah agama/arab, knderaan pengangkutan dll. Kawalan alat elektronik sprti tv,komputer/internet dll drp pihak kerajaan dan ibubapa. Kerajaan memerintah hndaklah bersungguh2 mengerakkn segala pihak. Sprti di kampung, adakan Ajk pantauan terutama rmh2 sewa.Tuan2 hotel kna cek mrk yg nk sewa tu,kalau tak majlis pmbandaran saman. Kalau boleh polis pun kna saman org yg duk bonceng makwe dia..atau fikirkn apa2 caralah utk basmi..jika kera- jaan yg ada tak endah,kna ada satu pihak yg mengusahakn kearah kerjasama pelbagai pihak utk tindakn pmbasmian.Jgn duk asyik lihat, baca & dengar kerosakan jer. Semuanya tidur & pekakkan telinga aje..eh2 aku terTKO diri aku sndiri ke nih??

  4. salam,
    pada pendapat saya, pendidik atau guru yg paling
    berkesan adalah ‘AYAH DAN IBU’
    ayah ibu memainkan peranan yg paling penting di dlm
    sesebuah keluarga
    jika setiap hari anak anak itu dibekalkan dgn didikan,
    nasihat, motivasi dan muhasabah diri….oleh ayah dan ibu itu sendiri maka kesannya amat mendalam
    menusuk ke jiwa ….(ini berdasarkan pengalaman)
    ini kalau dah kedua ayah dan ibu sibuk bekerja
    nak jumpa mereka pun susah maka anak itu akan
    merasa sunyi dan seperti kehilangan maka itulah yg timbul keinginan utk mencuba sesuatu yg lain demi utk mengembirakan diri sendiri, ingin ditemani selalu
    ingin didampingi selalu. kononnya nak rasa hidup lebh gembira dan ceria disebabkan sikap ayah ibu yg kurang ambil tahu..inilah hasilnya.
    kpd ayah ibu yg leka mencari kesenangan dunia ingatlah sama anak anak yg perlukan anda utk dibimbing,,
    cuba kita tanyakan pd diri kita sendiri;
    berapa kerap kita bertemu anak dan berbual dgnnya
    berapa kerap kita menasihatinya
    berapa kerap kita bertanya masalahnya
    berapa kerap kita mnegikuti gerak lakunya samada di dlm rumah atau di luar.
    dan banyak lagi….
    kesimpulannya ibu bapa hari ini banyak yg ‘gagal’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: