Dasar pendidikan di Malaysia

Dasar pendidikan yang paling agung ialah dasar yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah yang telah digarap oleh para ulama yang muktabar. Dasar pendidikan yang mendekatkan pelajar kepada Allah dan menjadikan mereka bertaqwa kepadaNya.

Sekiranya kita melahirkan pemimpin dari dasar pendidikan ini maka terlahirlah pemimpin yang bertakwa, jika doktor, doktor yang bertakwa, jika ustaz, ustaz yang bertakwa.

Dasar pelajaran yang ada pada masa ini hanya mementingkan kebendaan. Sehinga ustaz yang dilahirkan daripada dasar ini juga terikut-ikut mementingkan kebendaan.

TT pernah terlihat seorang ibu yang merasa sedih bila melihat keputusan perperiksaan anaknya yang tidak begitu baik tetapi tidak merasa apa-apa bila melihat anaknya tidak menunaikan fardhu sembahyang.

Kehidupan kita bukan semata-mata didunia ini sehaja tetapi kita ada kehidupan diakhirat yang mana kita akan menempuh dua alam lagi iaitu alam barzakh dan alam akhirat.

Apakah disana nanti kita akan ditanya adakah anak-anak kita lulus atau tidak lulus perperiksan itu dan ini atau pun kita akan ditanya adakah kita telah ajarkan kepada anak-anak kita perkara-perka yang wajib diatas mereka itu.

Adakah sudah mencukupi kita berikan pelajaran yang membawa mereka kepada kesenangan dunia semata-mata dengan meningalkan pendidikan yang menyelamatkan mereka diakhirat?.

Adakah kita pasti dengan pelajaran yang semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan boleh menjamin masa depan mereka?.

Fikir-fikirkanlah apa yang TT perkatakan ini.

Satu Respons

  1. Salam.

    Dasar digubal oleh intelek2 kita.

    Kalau ada yang tak sesuai.
    Maka tugas kita menulis kepada mereka.
    Kalau diterima, baguslah.
    Kalau tak diterima, tanggongjawab selesai.

    Tapi, apa2 pon.
    Orang2 Islam patut dan seharusnya.
    Dapat mendidik anak2 sendiri, di rumah.
    Jangan biar 100% pada sekolah.
    Di rumah, kena didik.

    Kalau sudah ibubapa menjiwai Islam.
    Kalau cara hidup sudah murni.
    Insya Allah anak2 akan selamat.

    Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: