Melayu dan bahasanya.

Kajang pak malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu.

Dagang pak malau dagang bertempat

dagang hamba menumpang lalu.

Ini lah pantun sedutan dari filam Seri Mersing.

Persoalan, berapa ramai orang melayu yang betul-betul faham dan mengetahui makna setiap kalimah yang diucapkan?.

Soalan ini telah TT tanyakan kepada beberapa sahabat TT, tetapi mereka tidak mengetahui apa itu kajang apa yang dimaksudkan dengan kajang berlipat dan kajang hamba mengkuang layu.

Banyak lagi perkataan yang TT dah ajukan kepada mereka tetapi mereka tidak mengetahui.

Seperti: tampin, sertu, kutang, jidal dan lain-lain.

Yang menghairankan TT, orang melayu banyak terikut-ikut loghat dan telor orang lain seperti bila bercakap dengan bangsa cina mereka akan guna lu, gua, dan lainnya.

Manakala pemimpin negara banyak bercakap menguna bahasa inggeris. Terkadang soalan yang diajukan dalam bahasa melayu dan tiada pemberita luar pada sidang akhbar itu, itu pun nak jawab dalam bahasa inggeris.

TT terkadang cemburu melihat pemimpin Jepun, Korea, Cina yang menguna bahasa mereka apabila berucap dipersidangan antarabangsa.

Cuba kita lihat, pemimpin negara yang TT sebut tadi, mereka menguna penterjemah bila bercakap dengan pemimpin luar termasuk pemimpin kita yang bercakap dalam bahasa inggeris, bukan mereka tidak tahu bahasa inggeris tetapi mereka berbangga dengan bahasa mereka itu.

Kepada orang melayu berbanggalah dengan bahasa ibunda, ketahuilah bahawa bahasa melayu adalah bahasa yang utama pada suatu masa dahulu di Nusantara. Cuba mengamati bahasa yang diucapkan di Indonesia, selatan Thailand, dan beberapa perkatan yang masih kekal dalam bahasa Filifina.

TT nak tanya, adakah bahasa Indonesia itu bahasa suku Jawa, Mendeleng, Aceh, Banjar dan lain-lain lagi bahasa suku kaum yang ada di Indonesia?

Cuba lihat kitab Jawi yang ditulis para ulama terdahulu sama ada penulisnya orang jawa, banjar, patani sekalian mereka menulis dalam bahasa melayu, walaupun nama kitab jawi yang bermaksud kitab yang ditulis dalam bahasa orang yang dibangsakan kepada jawa.

Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kaji lah kitab jawi dan tulisan jawi lama yang mana banyak lagi perkataan-perkataan yang ada didalamnya masih tidak diketahui maknanya.

4 Respons

  1. Perjuangan, melayu dakwanya. tapi ckp tak serupa bikin. yg sebenarnya yg mengaku pejuang melayu tu la sebenarnya pengkhianat melayu.

  2. iya lah..bagus juga kaedah yang TJ berikan tu…apa tu? pejuang melayu tu la sebenarnya pengkianat melayu’..maknanya drp kaedah dia ni,bole lah katakan “pejuang islam tu la sebenarnya pengkianat islam”..eh2 aku belajar dgn kau jer…kau guru aku..he he he

    • eh2 apa yg kau ckp; ” perjuang melayu, dakwanya tapi ckp xserupa bikin. yg sebenarnya…
      jadi aku nk blaja drp kau ni..emmm: “perjuang islam, dakwanya tapi ckp xserupa bikin, yg sebenarnya…(sambung ler..) betul xcikgu ku sayangggg…

  3. tulah kuman seberang laut kita nampak ,gajah depan mata kita buat tak nampak.masing2 bukan pejuang melayu n islam tapi pejuang tuk wakil (kenyang perut sendiri n glamour) tapi kalau dh t..s.b nk wat camne kan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: