Apa dah jadi dengan PAS???

TT terperanjat bila keputusan muktamar membenarka bukan islam bertanding atas tiket PAS (klik disini).

Siapa kah yang kita nak pilih apabila ada orang islam bertanding atas tiket BN atau bebas. Boleh kah kita katakan “pilih lah orang bukan islam yang bertanding atas tiket PAS”?.

Adakah bukan islam yang bertanding atas tiket PAS lebih mulia dari orang islam yang tidak berlambang atau berlambang BN?

Adakah orang yang tidak beriman terlebih mulia dari orang yang beriman yang fasik?

Renung-renungkan lah ayat Al-Quran ini

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

27 Respons

  1. Aku nk TKO org nih..kn aku dah kata smua yg musuh dia buat, dia kutuk..skrg ni dia dah buat smuanya…

  2. itulah dulu lain sekarang lain .apabila rasa dah tinggi lupalah yg dulu n siapa diri

  3. jangan melenting terlalu awal.. penjelasan dan penelitian baru di peringkat awal.. org berilmu perlu tunggu dan lihat dahulu sebelum membuat kesimpulan.

  4. orang berilmu bukan kena tggu n lihat apabila lihat kemungkaran lagi2 jika ada kuasa kat tangan.nak kena tebas awal2 bukan membenarkan.membenar perempuan jadi tuk wakil itu mungkar.membenar pembinaan berhala di negara islam itu mungkar.membenar og kafir jadi tuk wakil itu mungkar.membenar or kafir menggunakan kalimah Allah itu mungkar .jangan kita bangga dengan topi sudu je kat atas kepala sampai kita tak tahu mana mungkar mana tidak

  5. Assalamualaikum, salam sejahtera.

    Kepada TT, harap buat sedikit pembetulan, kerana boleh mengaburi mata pembaca.

    Orang fasiq dan orang beriman adalah 2 golongan berbeza. Tidak dinamakan orang beriman itu jika dia bersifat dgn sifat2 orang2 fasiq, musyik, atau kafir.

    Jadi persoalannya adalah adakah orang kafir (yang mmg tidak beriman) itu lebih baik daripada orang fasiq yang tidak juga beriman. Atau adakah melantik seseorang yang bukan islam itu lebih baik drpd seseorang yg namanya sahaja ISLAM?

    Berbalik kepada persoalan di atas. Sy bukan seorang yang tinggi ilmu agama tetapi pada pengamatan saya adalah kurang wajar sekiranya kita secara terus mentafsir ayat2 al-quran secara tafsiran bahasa terjemahan kerana adalah dikuatiri kita akan tersilap mentafsir. Sebaiknya adalah dengan merujuk kepada ahlinya atau sekiranya inginkan yang lebih mudah, rujuklah terjemahan al-quran dengan tafsiran yang diiktiraf oleh para ulama’. Contoh tafsir Ibnu Kathir dan tafsir Sayyid Quthub.

    • Kepada saudara hambamusafirlalu. orang yang beriman, ada yang tidak fasiq dan ada yang fasiq. makna fasiq ialah tidak mengerjakan suruhan Allah walaupun dia beriman.

  6. apa yang tt memang diakui benar.. walaupun begitu, merujuk kepada cadangan yang dibangkitkan di muktamar hanya sekadar cadangan yang tidak mungkin dilaksanakan.. ini dinamakan ilmu sikologi dalam menjalani perang saraf dalam politik. ia sekadar salah satu cadangan atau suara yang dibangkitkan bagi memulakan perang saraf terhadap musuh politik kita.

    Isu-isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan 1 perasaan sikologi yang kurang senang terhadap musuh politik bagi melihat persepsi yang bakal timbul dari pihak parti lawan. dan saya yakin, masih ramai suara yang tidak sependapat dengan pemberi cadangan berkenaan. Itulah fungsi majlis syura dalam menentukan keputusan yang disepakati bersama demi mencari penyelesaian yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

    InsyaAllah.. bersangka baiklah kita

  7. ta’rif fasik =mengerjakan dosa kecil terus menerus seperti berbohong misalan atau mengerjakan satu dosa besar seperti membenar membina berhala di negara orang Islam .Iman itu tengoklah kat rukun iman tu .percaya…….jadi sekiranya seseorang meninggalkan sembahyang tapi dia mengaku bahawa sembahyang itu wajib baginya maka dikatakan fasik tapi beriman .qiaskanlah dengan yang lain.Pelik setuju kata hambamusafirlalu bahawasanya jangan ambil dari terjemahanya sahaja bahkan ambil dari tafsiran sahaja pun dkira bahaya ya akhi jika tidak ruju’ kepada kitab feqah yg mu’tabar. Dan insyaallah ahli umno atau parti selain darinya adalah org yg sembahyang cuma tak mahu laksanakan undang2 Islam bukan kata undang2 islam yg nk dibawa oleh Pas itu tak wujud dalam Islam.Itulah sebabnya wujudnya parti Pas JIka org kafir sudah tentu tak sembahyang lagi pula sudah tentu tidak yakin pada rukun2 iman pada agama kita.Silalah ngaji feqah secara mendalam sebab ini kira fardhu ain ni supaya mulut kita tak terlancar lidah menyatakan fasik itu adalah org yg tak beriman .Apabila kita kata dia tak beriman maka secara tak langsung kita kata kufur padanya .menuduh org yg tak jelas kufurnya maka kita menjadi kufur .adakan sabda Nabi tu…wallahualam

  8. PENGKALAN CHEPA, 10 Jun – PAS membuka lembaran baru apabila mengizinkan mana-mana calon bukan Islam yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya sama ada daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat ataupun tidak, menggunakan logo PAS.

    Perkara demikian ujarnya telah diputuskan Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat yang telah membincangkan perkara demikian sebelum ini.

    “Alhamdulillah kita telah memutuskan bahawa calon bukan Islam yang bertanding bagi mewakili PAS akan dibenarkan mengguna logo parti kita (PAS),” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media seusai Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan parti itu kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa pagi tadi.
    =adakah kata2 ini cadangan atau keputusan? Dulu muslimat nk menjadi wakil rakyat pun cadangan,akhirnya jadi satu keputusan walaupun dibantahi oleh pihak org ramai sehingga jika minda pengarang pergi sana sini di kelantan khasnya ramai menyatakan pas ini munafik,dulu kata tak boleh sekrang kata boleh.Bagi para2 mualim yg berpegang teguh pada hukum apabla dituju soalan ,nak kata apa?nk kata boleh ,dah terang2 memng tak boleh.Ini bukan sikologi tapi nak cari kemurkaan Allah.Wahai saudaraku yg mulia ,nk mencapai kemenangan di sisi Allah iaitu berpegang teguh akan hukum Allah seluruhnya.selama ini kita memang tak dapat pertolongan dari Allah sebab itu kita macam begini je walaupun Umno terang2 nampak kesalahannya segi syara’ atau segi aqal.Nabi berperang buat strategi pun tak pernah keluar dari landasan syara’.Kalau nabi kita tak ikut ,siapa lagi?

  9. Apa ada pada suara yang tak kesampaian di tempat yang betul.. jika itu hujah yang pelik kemukakan apa kata pelik membuat bantahan terbuka terhadap majlis syura jika pelik rasa pelik lebih benar dan betul dalam keputusan yang dilaksanakan… tindakan pelik mempertikaian keputusan majlis syura menunjukkan pelik menolak sama sekali majlis syura yang telah dilaksanakan di dalam PAS.

    Jika ada cadangan yang baik dan teguran yang dapat membina, bangkitkan suara… berani kerana benar dan takut kerana salah. Saya sedia maklum bahawa golongan ilmuan dari pondok banyak membantah cadangan yang mereka rasakan bercanggah. Tetapi mengapa mereka tidak mara kedepan membangkitkan ketidakpuasan hati di medan yang punya jalan membuka kekusutan. Mereka perlu menggunakan pengaruh sebagai golongan ilmuan agama dengan membuat pertemuan dengan masjis syura dan sebagainya. Jika ada usaha maka InsyaAllah ada jalannya.

    Tidak dinafikan, setiap isu pasti ada percanggahan, oleh kerana itulah wujudnya ismak ulama dalam encari jawapannya dengan perbincangan ukhuwah. Mungkin saya tidak begitu arif tentang fikah atau sebagainya, tetapi saya tetap akan bersama parti yang memperjuangkan Islam selagimana tidak bercanggah Al-Quran dan Sunnah, dan akan bersuara selagi termampu. InsyaAllah

    • Dalam kaedah berpolitik.
      Mereka yg, memilih perjuangan melalui politik perlu ada skill dalam membuat kenyataan politik, bahasa politik dan tindakan politik.
      Keputusan yang diambil oleh Majlis Syura Ulamak Pas ini, adalah tindakan politik.
      Tiada kekangan didalam Islam selagi tindakan politik itu tidak merugikan Islam dan matlamatnya untuk Islam mendapat kuasa membentuk (Kerajaan Islam).

      Tindakan politik juga harus punya straregi, diposisi mana seorang calon bukan Islam yang akan disaring niat dan kesetiaannya, bersedia untuk bersama memacu kemenangan Islam.

      Contohnya UBN didalam PRU yang lalu telah meletakan calon bukan Islam dikawasan parlimen yang pengundinya 60% Islam sebagai bukti kerjasama dalam pengagihan kerusi.
      Ertinya dalam PRU yang akan datang. Pas juga akan meletakan calon bukan Islam yang proxy Pas (DHPP) dan akan menggunakan symbol Pas.

      Tindakan ini tentulah berasaskan kepada situasi masa kini dimana pengundi bukan Islam yang telah meragui ketelusan kerajaan UBN.

      Justeru kerana kedua2 calon yang bertanding bukan penganut Islam. Pengundi Islam dan bukan Islam dituntut membuat pilihan dalam PRU itu.

      Tindakan ini adalah asas untuk menilai sejauh mana kejayaan cita2 Islam untuk membentuk sebuah kerajaan.
      Menghadapi sebarang kemungkinan yang terjadi dalam kerjasama politik adalah suatu persiapan misi untuk masa hadapan.

      Berpolitik cara sekular menuntut kebijaksanaan tindakan dan sedia menghalal cara.
      Berpolitik menurut Islam perpandukan syariat dan adab (akhlak Islam).

      • Mana kamu tahu niat mereka itu? Sedangkan orang islam yang bertandig atas tiket PAS pun kamu ragu-ragu kesetiannya sehinga kamu minta mereka berbai’ah supaya tidak melompat parti,
        Adakah kamu pasti bahawa calon yang bertanding tidak ada calon dari kalangan orang islam? adakah kamu ada kuasa menegah orang islam bertanding menentang orang yang bukan islam yang bertanding atas tikit PAS?
        Adakah ini politik skill?

      • wooi garangnya si makcik shahida ni…
        Tiada kekangan didalam Islam selagi tindakan politik itu tidak merugikan Islam dan matlamatnya untuk Islam mendapat kuasa membentuk (Kerajaan Islam).
        dari kucing kota=
        ni ngaji mana tiada kekangan (seolah2 harus menghalalkan benda yg ditegah) kalau dah jahil muraqab tu lebih baik diam…takut2 nak tanya pulak =jahil muraqab tu dia dahlah jahil tapi dia tak sedar yg dia jahil .ini bahaya….

    • tentang menyampaikan suara tu rasanya dah jelas tko tu dah jawab.cuma saudara saja buat2 tak faham .ilmuan dari pondok pun tak setuju???gi lah ajak berdebat tengok amacam tonggang terbalik tak korang .Gila nak lawan orang2 ilmuan pondok.aku pun tak berani .matan2 segala ilmuan dalam kepala.semua yg disangkal dengan nas2 yg jelas.pernah pelik tanya salah sorang dari guru pondok tentang isu teguran.Puas tegur sampai siap butir2 nas diberi pada org tua nyaknyuk ni .tapi tak pakai pun .minda pengarang kata tak arifkan tentang feqah ,sebab tulah tak tahu mana yg bercanggah mana yg tidak.sama je macam puak2 penganut Umno,apabila ulama’mereka keluarkan fatwa semua betul…pasal apa???sebab ta’liq membabi buta.kita nak keluarkan fatwa bukan dengan tengok berapa ramai yg setuju dalam majlis syura tapi kena tengok nas2 yg dibawa.ini yg tak berlaku dalam majlis syura pas.sebab itu maaflah nk kata minda pengarang berkata melalui pandangan politik di kaca mata kejahil;an ilmu syara’.apa sekalipun perkara yg kita nk timbang mesti kena timbang dengan ilmu syara’.baru kita tak menyeleweng ke arah kemurkaan Allah.Kalau dah rasa faham2 politik tu pergi ngaji syara’ pulak .lebih baik dari merapu tak tentu pasal .

  10. Assalamualaikum warahmatullah, salam perbincangan sihat.

    Pohon maaf kepada TT kerana saya melakukan kesilapan tafsiran. saya juga berterima kasih kepada pelik kerana menegur, kersaya inilah saya inginkan, perbincangan dan bersama2 menegur yang salah, tetapi ambil yang jernih. saya juga tidak ralat sekiranya ditegur dan ditempelak dgn hujah sunnah @ KALAM ALLAH…

    Sebenarnya, saya bersetuju dgn pelik. Saya seorang penyokong Islam, tetapi menyokong PAS hanya 1/3. Betapa ketua mereka yang paling saya hormati – Tok Guru Nik Aziz. Namun kepada pengikut dan yang berjuang dengannya, mereka masih terlalu “kemelayuan” sehingga menilai nilai2 islam dari sudut “kemelayuan” mereka dan terlupa mata2 pesaing sedang memandang, mata pemuda-pemudi jahil agama sedang menilai…

    Kepada yang bertanya maksud “kemelayuan” ini, saya akan terangkan kemudian, dan kepada pelik, saya amat berbesar hati untuk berbual2 dgn saudara, mgkn melalui email.

    P/s: Kepada PAS, alangkah lebih baik sekiranya BUKAN ISLAM itu ditukar kepada BUKAN MELAYU @ MUALAF, baru nama memperjuangkan ISLAM. Menyatu padukan kaum2 (mualaf melayu, mualaf cina, mualaf india, mualaf orang asli dan mualaf yang lain) di Malaysia di bawah agama satu agama iaitu agama Islam, barulah seperti yg dilakukan oleh rasulullah kepada kaum Aus dan Khazraj!

    • Edit, kesilapan. Penyatupaduan antara puak Aus dan Muhajirin…

    • waa’laikumsalam warahmatulahi wabarakatuh.
      Alhamdulillah kerana tak mengaburi matahati sahabat pelik ,hambamusafirlalu. mana emailnya??Begitulah politik pas sekarang.mana taknya pemimpin2 ada yg dari wahabi ada yg dari syiah,tulah yg tak faham2 tentang agama .banyak mengerjakan sesuatu perkara dengan hawa nafsu.jadi berhati2 kerana ramai yg bertopeng dengan gelaran ulama’ atau tuk guru walaupun ilmunya tak ke mana .salam ukhwa ya akhi hambamusafirlalu

  11. untuk pengetahuan mindapengarang, majlis syura Green The Moon ni, hanya syura puak-puak mrk jer..mrk xpanggil pihak lain..mrk xmau dengar, klau mrk panggil pun hanya untuk dengar penerangan mrk yg dah buat kputusan and kau tau tak? mrk tak beri soal jawab pun..Syura kepala hotak mrk jer..eh2 aku kasar ke..emm syura ikut akai mrk aje…kau tau yg lebih teruk lagi drp tu, Datuk Keramat Klntan tu pun tak pakai kputusan Dewan Ulama pada isu panggil artis idola Datuk keramat ,si mawi..ingat tak???kesemua itulah nmanya hnya kmpulan kami punya kputusn. kna ‘Yes Man’ semua…..mcmlah musuh kau sibiru,kn??

  12. Salam..”Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang ‘KAFIR “menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman”..Minta kupas istilah Kafir diatas..Antara Kafir Zimmi dan Kafir Murabbi,siapaka yg bersabit dgn ayat diatas?Harap dpt jelaskan supaya para pembaca lbh jelas..Minta juga tafsirkan ayat ini dlm konteks Malaysia dan antarabangsa..Harap penulis dpt sebarkan..

  13. Salam.

    Apa yang dah jadi pada PAS.
    Tengoklah sapa pemimpin2 PAS.

    Kalau pemimpin2nya baik.
    Baiklah PAS.
    Kalau tidak.
    Tidak lah.

    Itu saja.
    Terima kasih.

  14. Pelik berhujah berkenaan kejahilan dan kepandaian ilmuan islam.. pelik seolah2 ingin menyatakan yang pelik sudah arif sepenuhnya, pelik juga .mengatakan

    “minda pengarang kata tak arifkan tentang feqah ,sebab tulah tak tahu mana yg bercanggah mana yg tidak.sama je macam puak2 penganut Umno.. sebab ta’liq membabi buta”

    Untuk makluman ini adalah medan kita memberi pendapat dan bukan medan menuduh sesama Islam.. pelik kata saya ta’liq membabi buta, tidakkah pelik perasan yang anda yang jelas ta’liq membabi buta.

    usah mencari kelemahan org sedangkan kelemahan sendiri sangat jelas terpampang. Sepatutnya dalam perbincangan yang kadang kala ada silap dan salah perlu adanya tenguran membina bukannya kutukan. Jika hujah sepertu tersebut yang digunakan dalam mengembangkan islam, itu bukan dakwah namanya.. sedangkan dengan saudara seagama sudah menggunakan kutukan dan ayat2 yang tidak sedap didengar dan baca, manakan pula dengan org bukan islam, inikah cara kita berdakwah.. macam mana nak menarik minat org bukan islam memeluk agama islam jika sudah hilangnya lidah lembut yang Allah cipta untuk menyebut perkataan2 yang baik dan membina.

    pelik telah membuat saya hilang rasa hormat terhadap ilmu yang pelik ada apabila berhujah terlalu melulu dan menjalankan perbincangan tanpa kaedah yang saya harapkan. Saya kecewa dengan perbincangan yang bagi saya tidak berjaya ini.

    Sekian
    Wallahualam..

  15. untuk makluman, hadirnya saya dlm perbincangan ini untuk mendapatkan ilmu dengan hujah yang bernas dan berkesan dan bukannya meletakkan hukum yang tidak kena pada tempatnya.. hujah yang saya keluarkan adalah berdasarkan apa yang saya pelajari dan dari hujah tersebut saya hanya ingin melihat dan menilai hujah2 rakan lain sebagai panduan dan tidak lebih dari itu.. sekian terima kasih

    • alahai jgn lah merajuk mindapengarang, kan tak de yg nk pujuk..tak pe biar aku pujuk, haa pelik, jgn pandu laju2 sgt, kn terbabas susah pulak. Biarkn sipelik tu, dia tengah berang, lagi pula blog ni ‘Tebang Tebas’, kna sanggup trima risiko.Maklumlah ada yg Tebas bukan main hayung lagi, ada yg slow and steady. Dah kna tebas dgn kasar tu, buat relax laa,sabar lah jer. Cara berdakwah ni, ada cara lembut & ada cara kasar. Yang pentingnya, kita ambil manfaat drpnya. Kasar2 pun, mungkin ada msg yg nk dismpaikan.Lagi pulak klau dh tak termakan cara lembut (bgi berbagai puak politik ni)..emmm, apa salahnya try cara kasar pulak, mungkin ada manfaatnya,kn??
      Bagi aku, sapa2 nk kasar dgn aku,sila lah…lagi aku sronok, he he he..

  16. Assalamualaikum, kepada sahabat pelik, boleh hantarkan ke email saya 3b154mofdj931pi@jetable.net. Hantarkan alamat email beserta nama pelik. Saya menggunakan email temporary kerana khuatir spam. Kepada sesiapa yang ingin berdiskusi, juga boleh email kepada saya…

    “Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa izin ALLAH dan tanpa USAHA. Dan sesuatu itu selalunya mendapat izin drpd ALLAH sekiranya seseorang itu berUSAHA SEHABIS&SEBAIK mungkin, seterusnya bertawakal…”

    Kerana janji ALLAH: SESIAPA yg BERUSAHA, PASTI BERJAYA!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: