Kerugian yang dialami apabila perempuan berkerja di luar rumah

TT nak nasihat kepada perempuan yang berkerja, berhentilah berkerja supaya dapat menguruskan makan, minum, pakaian suami dan anak-anak dan supaya suami jangan cari perempuan lain dan supaya anak-anak tidak memberi kasih sayang kepada orang lain.

TT pernah terlihat anak kaum kerabat TT berlari menuju penjaganya dengan tidak mengendahkan ibunya padahal keduanya baharu sama-sama balik dari suatu tempat. Ibu tu marah melihat kelakuan anaknya, apabila si suami melihat keadaan itu, si suami pun menempelak si ibu “Kan aku dah kata dulu, berhenti kerja! berhenti kerja! jangan sampai satu hari nanti anak tak kenal ibunya”, Alhamdulilah akhirnya si ibu akur dengan apa yang dikatakan oleh si suami.

TT nak ajak pembaca melihat kerugian yang dialami oleh seorang perempuan yang berkerja di luar rumah.

Cuba kita teliti pendapatan yang diperolehi berbanding kerugian yang dialami:

Pendapatan

SPM RM 1500 lebih kurang

Gaji diploma RM 2500 lebih kurang

Gaji ijazah RM 3000 lebih kurang

Kerugian dari segi ekonomi

Apabila seorang perempuan itu berkerja maka anak-anak terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk dijaga.

Upah menjaga bayi RM200,

Upah menjaga kanak-kanak RM180 jika dua orang anak RM 360,

Perbelanjaan pergi dan balik ke tempat kerja, RM. 300

Perbelanjaan makan ditempat kerja, RM. 154

Ansuran kereta RM. 500

Ini tidak termasuk kos pakaian, alat solek.

Angaran belanja keseluruhan RM. 1514 dan TT masukkan angaran kasar kos pakaian dan alat solek RM. 300

Setelah dihitung maka perbelanjan keseluruhan RM. 1514. Ini sebenarnya perbelanjaan kasar sekiranya kita teliti mungkin lebih tinggi dari itu. Dengan itu TT nak minta masing-masing tolak perbelanjaan itu tadi dengan gaji masing-masing.

TT nak tanya “adakah berbaloi pengorbanan seorang wanita keluar meninggalkan keluarga dengan imbuhan sebanyak ini?”.

Kerugian dari segi sosial

Hubungan kekeluargan antara ibu dan anak menjadi renggang, anak tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari seorang ibu. Suami tidak mendapat perhatian isteri dengan secukupnya. Meningkatkan jenayah sosial seperti peningkatan kelahiran anak luar nikah, ini disebabkan kerana tidak mendapat didikan yang sempurna dari seorang ibu atau perempuan yang berkerja jauh dari lingkungan kawalan ibu bapa yang mudah terjebak dengan gejala sosial.

Kerugian daripada psikologi

Defeminisation of women (kehilangan sifat-sifat kewanitan), motherhood rejection (benci menjadi ibu dan memikul tanggungjawab keibuan) seperti tidak suka anak ramai, sukakan hari berkerja daripada hari rehat dirumah dan tekanan perasaan bagi isteri yang berpisah jauh dengan anak-anak dan suami

Kerugian dari segi ekonomi negara

Meningkatkan pengangguran di kalangan lelaki.

Kerajan terpaksa membayar gaji cuti bersalin dan penangungkerjanya

Bila perempuan berkerja terpaksa mengimport amah/bibik dari luar ini menyebabkan pengaliran keluar wang negara.

Kerugian dari segi agama

Percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, terkadang suami ditinggalkan dengan pembantu rumah, tabarruj (berhias bukan kerana suami), kesemua ini adalah haram.

TT nak ingatkan kepada pembaca bagaimana Jerman di bawah Hitler menyelesaikan masalah ekonominya dalam masa yang singkat dengan memberhentikan perempuan berkerja dan diganti dengan lelaki. Di Jepun dan Korea perempuan akan berhenti kerja apabila bersuami.

Banyak kehancuran tamadun dunia berlaku apabila perempuan campur tangan dalam urusan lelaki.

TT cadangkan kepada wanita islam “berkerjalah dirumah seperti menjahit pakaian dan lain. TT nak cadangkan pada kerajaan, wujudkan kilang dirumah, caranya mudah, sebagai contoh pembuatan pakaian boleh dikongsi oleh beberapa buah rumah, sebuah rumah memotong, satu rumah buat kocek, satu lagi buat badan, sehingga siap sehelai baju, cara ini cepat dan berkualiti kerana setiap orang menjadi mahir dengan apa yang dia buat. Cara ini juga dapat menyelesaikan masalah yang terjadi dengan sebab perempuan keluar dari rumah.

Baiklah kalau ada orang tanya kepada TT tidahkah Saidatina Khatijah seorang peniga yang berjaya? TT nak jawab dia tidak keluar dari rumah tetapi dia pemodal yang mengupah orang lain untuk memperdagangkan harta perniagaannya, bukan macam perempuan-perempuan di Pasar Siti Khatijah. Akhir kata keluarnya perempuan islam dari rumah untuk berkerja adalah menyahut seruan dekalarasi Yahudi di dalam satu muktamarnya di Mesir dalam era penjajahan British mengatakan “ Keluarkan wanita islam dari rumah mereka nescaya terbukalah aurat mereka dan tersebarlah gejala sosial “.

TT minta maaf, bukan niat TT nak merendahkan peranan wanita tetapi nak jaga agama.

24 Respons

  1. sokong seratus peratus……..jom tukar link….lagi satu mohon izin untuk copy artikel ni…………

    http://mran3238.wordpress.com

  2. Assalamualaikum….Terima kasih kerana sudah berkunjung ke blog saya. Saya setuju dgn pndpt TT……Syukran.

    Kalam Abu Musaddad
    http://ibnismail.wordpress.com

  3. Saya sokong, terima kasih, mengunjungi blog saya.

  4. assalamualaikum TT…walaupun saya seorang perempuan saya setuju dengan pendapat TT itu…

  5. Cakap tt tu mmg betul, tu la sbb peranan sesebuah kerajaan bkn setakat nak membuncitkan perut yg mentadbirnye je btl tak? Tapi pada pandangan tj selagi mana kerajaan ini dipegang oleh mereka yg tak sepatutnye selagi itulah segala mcm permasalahan ini tdk akan dpt di selesaikan. Untuk hidup dalam dunia realiti bandar skrg ini kita sememangnya perlu melibatkan isteri dalam mencari rezeki. segala mcm keperluan hidup perlu di penuhi dalam meniti kehidupan yg sempurna atau paling tidak ‘ckp makan’ . dari makannya, tempat tinggalnya, kenderaannya,persekolahan anak2 bagi yg sdh pun mempunyai anak2 besar. Bagi sisuami yg berpendapatan RM3000 mgkin la blh survive hidup tapi brg diingat, bagaimana pula sang suami bergaji RM1500 ataupun kurang dari itu? Adakah segala keperluan dpt dipenuhi? fikir2 kanlah. Untuk merasai keperitan hidup seperti ini, terkadang kita perlu mrasainya bkn setakat membayangkannya kerana realiti itulah sebenarnya pelajaran yg paling berharga pada kita. Persoalan masalah sosial yg timbul, smmgnya betul apa yg diperkatakan tt tapi apa pilihan yg kita ada? Kita nak mengemis pada kerajaan yg ada?

  6. betul tu…..tapi sekarang ni no wonder la perempuan bekerja sebab taraf hidup sekarang adalah tinggi dan duit perlu pakai banyak, susah la zaman sekarang ni nak cakap, herm yang penting kena tahu tanggungjawab masing-masing r, kalau sibuk kumpul duit tapi semua nya terbarai,keluarga terbarai dan huru hara,hancur gak hidup….

    jumput r datang blog kakak saya,boleh kongsi2 ilmu
    http://extraordinarydesign.wordpress.com/

    thanks r info2 ni….(“,)v

  7. insyaallaah wahai sauara saudariku jika kita memadai dengan apa yang ada n kita tau rezeki yang datang tu dari Allah ,kita tak perlu bimbang dengan taraf hidup kita yang tinggi.kadang2 bukan taraf hidup kita je yang tinggi tapi kita sengaja cari jalan buang tebiat untuk nampak taraf hidup kita yang tinggi .hidup sederhana itulah jalan Nabi..

  8. boleh bekerja tapi kena bijak menguruskan kewangan.
    contoh
    Upah menjaga bayi RM200,
    Upah menjaga kanak-kanak RM180
    Perbelanjaan pergi dan balik ke tempat kerja, RM 300
    Perbelanjaan makan (bawa bekal) ditempat kerja, RM 40
    Ansuran kereta RM 500
    kos pakaian, alat solek- bila perlu sahaja
    Angaran belanja keseluruhan RM1220

    TT nak tanya “adakah berbaloi pengorbanan seorang wanita keluar meninggalkan keluarga dengan imbuhan sebanyak ini?”.
    memang berbaloi jika dapat bantu suami, contoh kereta, bayar sama2, anak2 bayar sama2, jumlah di atas perlu dibahagi 2.. sebab nampak mcm perbelanjaan bagi ibu tunggal je..
    suaminya xbayar apa2 ke?

    • adakah awk fhm, yang sbnrnye TT nk bincangkan disini adalah tentang adakah berbaloi kamu meninggalkan ank kamu dijaga oleh org lain dgn tak dpt kasih syg seorg ibu..adkah anda yakin org yg mngasuh ank anda itu benar2 mnjaga ank anda sebaik mngkin???kan skrg nie kite dgr mcm2 brita tntg penderaan kanak2..sedangkan ibu bapa snggup mendera ank sndiri smpai mati….apatah lagi seorg pengasuh…kn lbh bgus klau kte yg mjaga mereka,kte juga xpyh mbazir nk byr duit pengasuh

  9. Eh..eh..eh ni nk sahut seruan yahudi ke ni?? sprti yg TT ckap di atas: “…kluarnya perempuan islam dari rumah untuk berkerja adalah menyahut seruan dekalarasi Yahudi di dalam satu muktamarnya di Mesir dalam era penjajahan British mengatakan “ Keluarkan wanita islam dari rumah mereka nescaya terbukalah aurat mereka dan tersebarlah gejala sosial “.
    Hmmm….

  10. Haaa..yg aku terlintas kt kpala aku ni drp knyataan TT, prmpuan yg dok kluar rmh gi keje tu,menyahut seruan yahudi lh iye..korang dok mrh2 yahudi yg mcm binatang tapi xsedar diri, yg kamu ikut mrk..issh issh..nampknya,aku kna TKO bangsa aku dulu sblum aku belasah si israel keparat tu..Grrrr

  11. setuju kata TKO

  12. salam…syukran atas kunjungan….^_*…..pasal post ni…ada benarnya….

  13. perbincangan yang menarik.. salam ukhuwah buat admin TebangTebas dari admin MindaPengarang

  14. Salam…
    memang betul apa yang dihujahkan.. tapi bagaimana dengan situasi dimana pendapatan isteri adalah lebih tinggi dari suami, dan kebanyakan tanggungan rumahtangga digalas isteri…. dalam situasi begini, mungkin suami boleh berhenti kerja untuk jaga anak dan jadi househusband….amacam ..?

    jom tukar link ..🙂

  15. tuntutan dalam islam ke yg suami jadi househusband n isteri jadi gelenyah .cuba lihat apa kesannya pada anak2 tu.kalau aanas ini perempuan sesuai kata nabi ni org perempuan memang pendek akal.kalau si aanas ini lelaki sesuai dengan kata pelik yg dia ni terencat akal

    • bagi aku pulak..klau dia prmpuan baik dia tukar jantina jadi lelaki, jika dia lelaki baik tukar jantina jadi prmpuan..tongang terbalik lah dunia nii, haru biru-hijau dibuatnya..

  16. […] 257,000 anak luar nikah Posted on Julai 7, 2010 by tebangtebas (TT) Sekali lagi TT nak ulang perempuan jangan keluar rumah. […]

  17. setuju…kaum hawa bukan xboleh kerja…tp kerja yg tidak mengabaikan…dok opis sampai jauh2 malam…kurang sesuai…kalau dpt cari alternatif..kerja dr rumah…lebih afdhal…budak2 skrg dh lain…kat sekolah pun ganas…pendekatan harus bijak..suami isteri mesti saling mmbantu, baru la tercapai matlamat perkahwinan iaitu satu perkongsian…jgn perjudikan nasib anak2 semata2 krn kerja

  18. Assalamualikum!.

    Setuju 100%.
    Bagaimanapun harus kita sedari bahawa kita sebenarnya telah lahir dalam sistem ekonomi yang memerlukan suami/isteri berkerja.
    Jika anda suami yang telah memilih isteri yang tidak bekerja, Anda patut bersyukur kerana telah membuat pilihan yang bijak. Bagaimanapun anda harus tingkatkan kesabaran kerana anda mungkin akan menghadapi masaalah ekonomi rumahtangga berbanding dengan kawan anda yang isterinya bekerja.
    Jika anda isteri yang tidak bekerja bersyukurlah dan jangan rasa rendah diri kerana anda telah dikurniakan Allah dengan rezeki yang baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: