Muktamar kembali

Apa agaknya perbincangan kali ni di muktamar yang ke 56? Sudah pasti perwakilan yang hadir telah menyediakan bahan yang hendak diajukan di dalam muktamar itu kelak. TT harap biarlah yang dibincangkan jangan keluar dari landasan islam walaupun perkara itu tidak disenangi pemimpin utama.

TT harap jangan ada perwakilan yang bercakap membodek atau mengiakan apa yang dilakukan pemimpin tertinggi sedangkan perkara itu tidak menurut landasan islam, jangan pula sanggup datangkan dalil itu dan ini kerana nak membetulkan perkara yang sudah nyata tak betul. Ini semua dilakukan supaya dapat perhatian pemimpin tertinggi sekali gus dapat menjadi wakil PAS dalam pilihan raya akan datang.

Tahniah TT ucapkan kepada perwakilan yang ikhlas pada membetulkan kesilapan pemimpin dalam ucapannya. Jangan takut menyatakan kebenaran walaupun dengan ucapan itu menyebabkan perwakilan itu terlepas peluang menjadi wakil PAS dalam pilihan raya yang akan datang. Sementara pemimpin tertinggi jangan memilih bulu bila memilih mereka yang akan mewakili PAS didalam pilihan raya kelak.

Ingat lah wahai perwakilan “pemimpin PAS bukannya maksum yang terlepas dari melakukan kesilapan”. Walau apa pun gelaran yang disandang sama ada dia itu Mursidul Am, Presiden, atau lain. Bukan bererti kita menegur mereka itu, kita tidak memberi walak terhadap kepimpinan mereka.

Kita akan ditanya apa yang kita lakukan di dunia ini adakah benar apa yang kita lakukan mengikut apa yang telah kita dakwa. Apakah kayu ukur yang kita ada untuk mengukur apa yang kita dakwa telah benar-benar berada di atas landasan yang sebenar.

9 Respons

  1. kan baik je tt turut terlibat dlm perbahasan muktamar tu. kan lagi molek dari tt berburuk sangka di luar. Itupun klau tt orang pas. klau tidak, kenapa perlu tt risaukan apa- apa? kalau tt smmgnya ahli pas, rasanya suara tt tersangat di perlukan dalam memanaskan sidang muktamar tu. luahkan jika ada apa2 yg tersasar dalam perjalanan kepimpinan sedia ada. rasanya tj akan menyokong tt jika apa yg diluahkan itu betul2 jelas kebenarannya.

  2. Jadi, sdh tentunya tt tidak bermasalah utk menyampaikan apa sahaja mesej penting melalui saluran yg betul. menulis begini bknnya tidak berhasil tetapi terkadang bila kita berhadapan dgn seseorang yg sepatutnya mendengarnya tentunya lebih berhasil dalam menyampaikan mesej kita. Berani kerana benar kan? Yg penting niatnya demi islam.

    • ok..kita serahkan tugas bgitau kpd pemimpin2 green the moon kpd TJ je..biar dia baca dlu apa2 yg TT bgitau..brjayakah dia..tngok dulu engkau punya step, lancar ke tak @ kna TKO kt org2 green the moon, awal2 lagi sblum smpai atas..untk pngtahuan Tj, Datuk keramat yg pegang kelantan pun dah ramai org semuka dgn dia, tapi buat tak endah jer..lebih teruk terbit perangai melatah org tua ade ler… emmm..engkau cuba dulu jgn bnyak ckp iye TJ, pstu bgitau aku…kn berani kerana benar??

  3. Kenapa saudara tko nak melatah. Apa yg menyebabkan tko mengatakan tj banyak cakap. Tj ada keluar fatwa ke dlm forum ni, jauh sekali menggunakan perkataan tak beradab. Jgn mudah menghukum mengikut nafsu dan berfikirlah secara rasional. Apa yg cuba tj sarankan kalau tak mau terima, takpe lah. Itu hak mutlak setiap individu islam yg berakal. Tj cuma memberi pandangan dan cadangan. Soal tj yg perlu kehadapan membawa usul tt tidak timbul kerana ianya adalah isu yg tt mempunyai ilmu ttgnya. TT tak gelabah, kenapa pulak tko yg melatah?

    • Aku tak melatah..kn TT dah kata :” jika tj ahli pas sudah tentu tj mengetahui prosedur untuk sampai ke dewan muktamar”. Faham2 lah kata dia tu, jgn buat2 tak pahammm..dia tak mampu nk sampai tahap dewan muktamar. Tu le aku sruh kau je buat keje, jgn dok pengesyoran kat org yg tak mampu dan jgn dok bnyk ckp jer..paham betoi2 ye..

  4. org tua nyaknyuk ni memang tak boleh kena tegur walaupun kita bawa nas2 yang sahih beri kat tangannya sekalipun.bagi pada tangan dia untuk dia sedar tapi..dia suruh kita buat ceramah lak…..tak ke pening tu…semua orang dah tahu perangai dia cuma yg pas2ngok je masih wat2 tak tahu.TT tak gelabah sebab dia malas nk layan org2 ngok macam demo

    • Bukan bidang aku buat medical checkup kt pesakit2 krn aku kaki boxer jer,mungkin sipelik blaja medik kut , tapi yg aku rasa pelik dgn sipelik ni klau dah dpt kesan penyakit nyanyuk, knp dia tak hantar Datuk Keramat tu kt rmh org tua jer..
      korang jgn mare kt aku, korang boxing aje dgn sipelik lah,aku xmasuk cmpur krn dia yg tentukan pnyakit.. Yg aku tau,sapa2 yg terkena penyakit TAKSUB, ubatnya aku bole bui sebijik TKO aku jer..he he he

  5. sebagaimana tko tak dapat boxing si org tua nyaknyuk masuk hospital mcm gitulah pelik tak dapat hantar dia ke rumah org tua sebab dia nk pas penyakit nyaknyuk dia pada ahli taksub dia….ha..ha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: