Mengimbau kepimpinan ulama

Suatu ketika dahulu apabila perubahan kepimpinan PAS daripada pemimpin sebelumnya kepada kepimpinan ulama yang diterajui oleh Ust. Yusuf Rawa. Masa tu TT sangat gembira, tetapi pak saudara TT minta TT tawaqquf/tunggu dan perhati dulu apa itu kepimpinan ulama, setelah beberapa ketika pak saudara TT pun beritahu TT “ok kita boleh ikut cara ni” setelah mendapat penerangan dari pak saudara TT maka TT meneruskan perjuangan dengan PAS.

Kamu semua nak tahu kenapa TT kena tunggu informasi dari pak saudara TT, ini kerana pada masa tu tak ada Harakah, tak ada internet, boleh dikatakan ruang untuk mendapat berita PAS amat payah kerana TT berada dikampung.

Bermulalah kepimpinan ulama, maka idola PAS pada ketika itu Hasan Al-Bana pengasas Ikhwan Muslimin Mesir. Banyak cara tarbiah mengikut cara Ikhwan Muslimin, tetapi ada yang kita tak terikut iaitu Hasan Al-Bana pergi ke kelab-kelab malam ajak orang kembali kepada islam.

Ada sebahagian pula terikut-ikut cara Ayatullah Khomeni Iran maka banyaklah ustaz-ustaz dalam PAS jadi syiah sehingga Allahyarham ust. Fadil Noor terpaksa keluar satu surat pekeliling meminta mana-mana pemimpin yang ada berpegang dengan fahaman syiah hendaklah meletakkan jawatan, TT minta nak fotostat surat perkeliling tu tapi tidak dapat kebenaran.

Pada masa tu TT berbangga jadi ahli PAS kerana semua perancangan boleh dikatakan mengikut cara islam antaranya bila ada ceramah diasingkan antara lelaki dan perempuan, sebelum ceramah kita sembahyang berjamaah beramai-ramai di tapak ceramah, hubungan antara ahli PAS amat akrab macam adik beradik dah lama tak jumpa, bila berjumpa berpeluk-pelukan, perempuan tak boleh bertanding kerana islam tak benarkan, kita bersedirian mengharungi perjuangan sebab kita tahu kekuatan kita dan islam hendaklah tegak di atas kaki sendiri, tidak perlu bantuan lain. dan macam-macam lagi.

Sudah pasti pembaca akan mengatakan TT ni ahli PAS kuno, ya itu yang TT boleh katakan, kita berjuang untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat dan kemenangan hendaklah mengikut landasan islam, TT lihat sekarang pemimpin dan ahli PAS telah lari daripada prinsip islam. Mereka tak kira apa cara sekalipun asalkan menang.

Nasihat TT kepada pemimpin PAS dan semua ahli PAS kembali cara yang terhormat dan berlandaskan islam sejati. Islam ada kekuatannya sendiri.

Biar kalah di dalam keredhaan Allah daripada menang didalam kemurkaanNya.

3 Respons

  1. Pelik pun harap pemimpin yang sudah nyaknyuk ditukar ganti dengan pemimpin yang tak nyaknyuk .pemimpin yang bertudung ditukarkan dengan pemimpin yang berserban.pemimpin yang pondan (kaki mengampu) diganti dengan pemimpin yang jantan.insyaallah Pas selamat dunia dan akhirat…takbir….jangan marah2 pelik hanya tebas apa yang terlintas je

  2. Tj teringin benar nak melihat dan mendengar sendiri orang mcm tt ni bersuara dlm pas. Bkn apa, semoga ada keseimbangan dalam pas.

  3. Kata TT: “Biar kalah di dalam keredhaan Allah daripada menang didalam kemurkaanNya.” kalau dah smpai bergolok-bergadai perinsip krn nk sgt menang ni apa crite?? ni yg buat aku geram nk TKO org nihhhh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: