Nasihat untuk para ustaz

TT nak nasihat para ustaz “jangan berani-berani jawab soalan yang bukan bidang kita”. Pada masa ni ramai ustaz yang main belasah jawab soalan yang dia sendiri tidak mahir. Contoh seorang yang belajar pengkhususan bidang hadis atau usuludin nak jawab soalan fekah maka berterabur hukum yang dijawab dan tak kena dengan sebenar, bila si penanya bertanya kepada ustaz yang lain maka jawapannya lain pula, sehingga si penanya jumpa pada ustaz yang mahir dalam ilmu yang disoalkan. Bila si penanya tanya balik ustaz yang menjawab ikut sedap sendiri dengan tidak bersandar pada yang benar maka ustaz tu melenting dia kata lah ustaz yang mahir itu tak betul dia yang betul, kemudian si penanya berkata ustaz itu tunjuk kitab tempat ambilan hukum maka ustaz itu masih tak mengaku salah dia pun menyalahkan kitab karangan ulama yang muktabar supaya nampak dia yang betul, dia pun bawa dalil dengan hadis itu dan ini pada hal hadis tu dah mansuh atau hadis tu umum maka ditakhsis dengan dalil yang lain.

Kepada ustaz-ustaz yang mengajar masyarakat, ajarlah apa yang kita tahu jangan sentuh apa yang kita tak tahu, nanti orang tahu kita tak tahu dan orang tahu kita tu bodoh nak tunjuk pandai. Yang paling utama takutlah akan azab Allah yang amat pedih.

TT nak bawa perbandingan, seorang pakar mata nak buat pembedahan jantung sudah pasti membahayakan pesakit. Begitu juga tukang baiki basikal nak baiki kereta kan jahanam kereta tu.

Kepada orang awam pilihlah guru yang mahir dan pelajarilah dari guru yang ikhlas serta mengambil dari kitab yang muktabar bukan belajar dari guru yang nak tunjuk pandai dan menyalahkan orang lain.

TT hanya beri nasihat.

2 Respons

  1. Untuk pengetahuan tt, smmgnya isu ini tersangat kritikal dalam realiti sebenar masyarakat kita hari ini. seseorang ustaz tersangat memberi hukum itu dan ini dan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam masyarakat ttg hukum hakam yg di keluarkan. seorang ustaz kata ini, manakala satu lagi kata ini. huh, pening dibuatnya!

    • Untuk pengetahuan tt, smmgnya isu ini tersangat kritikal dalam realiti sebenar masyarakat kita hari ini. seseorang ustaz tersangat mudah memberi hukum itu dan ini dan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam masyarakat ttg hukum hakam yg di keluarkan. seorang ustaz kata ini, manakala satu lagi kata ini. huh, pening dibuatnya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: