Tentera Zionis penakut

Tentera Zionis penakut mereka hanya berani dengan mereka yang tak bersenjata cuba lihat ayat ini apa yang mereka katakana kepada Nabi Musa setelah Nabi Musa menasihati mereka itu:

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَاقَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَاءَ وَجَعَلَكُمْ مُلُوكًا وَآتَاكُمْ مَا لَمْ يُؤْتِ أَحَدًا مِنْ الْعَالَمِينَ(20)يَاقَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ(21)قَالُوا يَامُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّى يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ(22) قَالَ رَجُلَانِ مِنْ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمْ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنتُمْ مُؤْمِنِينَ(23)قَالُوا يَامُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ(24)قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ(25)قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ(26)

Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)”. (Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”. Mereka menjawab: “Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)”. Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: “Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman”Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”.Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu”.Allah berfirman: “Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya – selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu”.

Betul tak apa yang TT katakana cuba lihat pada masa sekarang mereka hanya berani dengan mereka yang tak bersenjata, berani dengan rakyat Palestin yang bersenjata batu, berani menawan kapal yang tak bersenjata. kalau dengan orang yang bersenjata macam mereka, pasti mereka lari lintang pukang macam orang lari tak cukup tanah

Sekarang ni tak pasal-pasal kita beri mereka bekalan makanan, bekalan ubat dan lain-lain secara percuma. Sepatutnya setiap negara islam hantar satu kapal perang bukan pergi hantar makanan dengan tidak membawa senjata. Sebenarnya ini semua perancangan Amerika supaya mudah Zionis dapat bekalan yang TT sebut tadi.

2 Respons

  1. Hakikatnya, rejim yahudi zionis ini memang hidupnya bertujuan untuk menghapuskan umat islam di bumi ini, bersama lah kita berdoa dan berhajat sesungguh-sungguh hajat kepada Allah s.w.t agar di turun kan azab bala seksaan palling dasyat kepada rejim zionis dan sekutunya untuk menyelamatkan umat Islam di bumi mulia ini..amin..

  2. Natijah itulah sebenarnya kebenaran telahan Rasulullah akan hambanya umat islam akhir zaman. Ramainya tetapi umpama buih dilautan. Tetapi perlukah umat islam yg mempunyai kesedaran ini berdiam diri menanti semua itu berlaku. Apa yg berlaku sehari dua ini sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada kerajaan orang islam khususnya betapa perlunya bantuan mereka kepada umat islam palestin dihantar. Sebagai contoh,mesir, salah satu negara sekutu yahudi dari kalangan negara orang islam arab, ternyata berasa tekanan dari dunia luar untuk kembali membuka pintunya dengan palestin bagi penghantaran bantuan kemanusiaan. Percayalah, impian tt juga adalah impian tj, yg juga impian seluruh umat islam yg beriman dgn tauhid Allah, utk melihat umat islam kembali bangkit menguasai dunia dgn kalimah Allah melalui hukum2 dan syariat2nya. Ianya pasti terlaksana suatu masa nanti InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: