Yang mana satu betul??

 

Tragedi bazaar ramadhan Jasin Melaka

 

Gula oh gula kenapa engkau mahal??

Harga gula,gandum dan beras melonjak naik. Teringat TT waktu telefon bimbit mula diperkenalkan. Ia didominasikan oleh 1 syarikat sahaja.setiap panggilan 1 minit di caj RM1 manakala yuran bulanan pula sebanyak RM 60. Waktu itu telefon bimbit dikira barangan mewah.TT yang baru bekerja dengan diploma pun tidak mampu memiliki telefon bimbit.

Sekarang bila banyak lesen syarikat prabayar dikeluarkan panggilan menjadi semurah 3sen seminit manakala yuran bulanan telah menjadi murah. TT rasa kerajaan perlu mengeluarkan lesen pengimport gandum,bersa,gula dan lain-lain lagi.jangan hanya bagi pada 1 dan 2 kroni sahaja.haram memonopoli perniagaan. Tidak perlu bermegah lah walau bina masjid ditengah bandar tapi bercampur dengan duit haram. Kalaulah kaedah ini diaplikasikan/digunapakai TT yakin harga gula,gandum turun dibawah 50sen. India adalah pengeksport beras,gula,gandum terbesar di dunia. Beli aja dari India bukan dari barat seperti sekarang.

Kalau daging lembu(sebenarnya daging kerbau)boleh diimport dari india dan dijual separuh dari harga daging tempatan. Takkan gandum,beras,gula dan lain-lain tidak boleh diimport dari India.

Hak bumi putra dirampas oleh toyol PTPTN?

Teringat TT4 masaTT4 mula-mula masuk u dulu TT4 hanya perlu bayar yuran pendaftaran dan cagaran asrama yang berjumlah tak sampai pun RM 80. Tak bayar pun tak apa, nanti ditolak bila dapat biasiswa. Lepas daftar TT4 diberi kunci bilik dan diiringi oleh senior ke asrama. Makan minum TT4 ditanggung oleh pihak u, 4 kali sehari, nasi boleh tambah lagi.

Habis mingu orientasi TT4 diberi borang biasiswa yang biasanya diluluskan akhir semester satu atau awal semester dua. Dengan duit biasiswa tu TT4 boleh hulur-hulurkan pada adik dan ibu dikampung. Ada kawan-kawan TT4 yang beli motor untuk kemudahan ke bilik kuliah. TT4 menapak je, orang susah katakan.

Sekarang ni TT4 kesian budak-budak yang nak masuk u, lebih-lebih lagi pada ibu bapa mereka. Sekarang ni kalau tiada dua hinga tiga ribu ringgit tak boleh masuk u. Semuanya pelajar kena tangung sendiri. Kalau ambil PTPTN riba pulak berdosa besar u. Kalau tak bayar tak boleh keluar negara silap-silap nak buat haji pun tak boleh. Hutang sampai 60 hinga 70 ribu ringgit. Kalau buat ijazah lagi tinggi hutangnya. Kerja 20 tahun lebih belum tentu habis bayar, itupun kalau dapat kerja.

TT4 hairan kenapa kita dibebankan dengan hutang ini sedangkan mengikut perlembagaan Malaysia perkara 153 kita (sila klik) sebagai bumi putra berhak mendapat pendidikan secara percuma dan biasiswa bagi yang layak.

Fikir-fikirkanlah. Mungkin kita gunakan kuasa undi kita untuk mengembalikan hak kita yang telah dicabul dan dirampas dengan cara terhormat.

Mengapa perempuan lebih ramai berjaya dalam bidang pelajaran tetapi kalah dibidang perkerjaan berbanding lelaki?

Sekarang ini heboh diperkatakan isu pemansuhan peperiksaan UPSR,PMR dll.

TT4 sokong sangatlah cadangan ini.

Pada TT4 sistem pembelajaran dan peperiksan sekolah-sekolah di Malaysia lebih menguntungkan dan lebih mesra kaum hawa.. Sebab ini lah kebanyakkan universiti di malaysia (70%) atau lebih pelajarnya adalah wanita. Ramai juga lelaki lembut yang berjaya memasuki universiti, sampaikan ada universiti digelar universiti pondan Malaysia. Kalau tak silap TT4 dasar pelajaran kita adalah mengikut dasar pelajaran Brithsh kurun ke 19 yang digubal oleh yahudi untuk menjahanamkan goyim (orang yang bukan yahudi yang pada angapan mereka setaraf dengan binatang) seperti kita.

Terfikirkah kita bila memasuki sektor pekerjaan, lelaki lebih mendominasi wanita. Lihatlah kebanyakan pakar perubatan, saintis, korporat, cendikiawan, jutawan, sehinngakan pereka fesyen rambut, pakaian luar dan dalam, kasut,beg tangan dll bagi wanita dan chef-chef di hotel majoritinya lebih (70%) adalah lelaki. Lelaki tidak menonjol dalam bidang pelajaran (teori) tetapi menonjol di bidang pekerjaan (praktikal)

Tentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pelajaran kita. Lelaki mempunyai tenaga berlebihan. Mereka akan memberontak jika dikurung dalam bilik darjah. Timbullah isu gangterisma, rempit, ponteng kelas dan lain-lain.

Contohilah Ibnu Sina yang mengajar ilmu perubatan pada murid-muridnya di dalam dan diluar dewan kuliah. Sehinggakan pemilihan tapak sesebuah hospital pun diajarkan kepada murid-muridnya.

Sesuatu perubahan mestilah dilakukan dalam sistem pelajaran kita agar dapat memberi peluang yang lebih adil untuk pelajar lelaki bersaing dengan pelajar wanita.

Fikir dan laksanakanlah.

Kita telah merdeka dari itu jangan biarkan minda kita masih dijajah oleh sistem barat.

Perhatian!!!

TT harap ruang blog ini dapat dimanfaatkan dengan memberi hujah yang bernas, sama ada pro atau kontra.

TT sungguh duka cita dengan sikap mereka yang membuat komen di blog ini dengan tidak menjaga adab dan tertib ilmu.

TT sememangnya mengharapkan komen dari pembaca tetapi biar lah beradab.

TT suka melihat komen dari pembaca sama ada pro dan kontra, kerana TT inginkan melihat idea-idea yang kita boleh jadikan pandua dan nasihat kepada siapa sahaja yang membaca blog ini.

Selangor selamat di bawah Umno??

Umno lancar kempen ‘Selamatkan Selangor’ (klik)

Adakah Selangor selamat di bawah UMNO?

Adakah UMNO sahaja yang memerintah dengan selamat? Atau UMNO yang jahanamkan harta negara?

Harga barang naik lagi!!!

Sebelum kenaikan harga gula, gula payah nak dapat di pasaran, tetapi setelah kerajaan mengistiharkan kenaikan harganya maka gula berlambak dipasaran.

Apa ni?? Ini kah yang dikatakan pandai memerintah?

TT lihat UMNO hanya mengkayakan satu golongan dan menindas satu golongan yang lain.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.